Tuesday, April 7, 2009

VIDEO

Elemen seterusnya di dalam multimedia ialah elemen audio. Terdapat 2 jenis bentuk video iaitu Video Analog dan Video Digital. Video Analog adalah video yang disimpan di dalam bentuk isyarat seperti video televisyen, video tape filem atau media yang bukan komputer. Setiap bingkai Video Analog diwakili oleh video komposit (mempunyai ciri : brightness & contrast, colour & synchronization). Video komposit ini mempunyai beberapa kelemahan iaitu masalah kecairan warna, gambar kurang jelas dan kejatuhan kualiti disebabkan sering digunakan dan disimpan dalam tempoh masa yang lama.

Terdapat 2 piawaian utama bagi Video Analog iaitu iaitu Phase Alternating Line (PAL) dan National Television System Committee (NTSC). Piawaian Pal biasanay digunakan di Eropah dan negara-negara Komanwel termasuk Malaysia manakala piawaian NTSC digunaka di negara Amerika Syarikat.

Video Dogital pula ialah isyarat Video Analog yang didigitalkan dalam bentuk format numerik. Analog Digital Converter (ADC) digunakan untuk tukarkan isyarat Video Analog kepada Video Digital. Digital Analog Converter (DAC) pula digunakan untuk menukarkan Video Digital kepada Video Analog. Antara kelebihan Video Digital ialah kualitinya yang kekal sepanjang masa dan tidak mempunyai masalh besar jika disimpan dalam tempoh masa yang lama. Selain itu lebih senang diubah suai dan tidak menjatuhkan kualiti video apabila dibuat salinan. Tetapi kelemahannya ialah mempunyai saiz fail yang besar (1saat video = 27MB), mudah untuk dicetak rompak (salinan dan kualiti menyamai kualiti video asal), mengambil masa yang lama semasa pemindahan data dan untuk memadatkan fail.

Saiz fail dan kualiti Video Digital depengaruhi oleh 3 faktor iaitu :
(a) Frame Rate - semakin tinggi frame rate video semakin lancar perjalanan video
(b) Saiz Imej - ditentukan oleh pengguna
(c) Kedalaman warna - kedalaman warna yang akan tentukan kejelasan

Manakala 2 teknik digunakan untuk pemadatan Video Digital ialtu Lossless Compression dan Lossy Compression. Antara standard pemadatan Video Digital ialah Motion Picture Expert Group (MPEG), Intel Video Interactive (IVI), Cinepak, Apple's Quick Time dan Microsoft Video For Windows (AVI). Manakala jenis perkakasan yang biasa digunakan ialah kamera video, camcoder, video capture card dan lain-lain. Adobe Premiere, Video Fusion, Ulead Media Studio Pro adalah perisian video digital.

AUDIO

Penggunaan audio dalam multimedia adalah bertujuan untuk menarik perhatian, meningkatkan minat dan mengekalkan penumpuan seseorang pengguna. Audio juga mampu / berupaya mempengaruhi emosi & pemikiran seseorang.

Audio atau bunyi disebarkan oleh getaran molekul atau jirim udara di sekeliling kita. Getaran ini dikenali sebagai gelombang audio. Ciri-ciri gelombang audi ialah pertama Frekuensi dan kedua Amplitud. Analog Digital Coverter (ADC) dan Digital Analog Converter (DAC) antara teknologi yang digunakan untuk menukarkan Audio Analog kepada Audio Digital dan sebaliknya.

Persampelan atau 'Sampling' adalah satu proses apabila signal analog disampelkan sekerap mungkin bagi setiap saat. Semakin banyak sampel diambil, semakin tinggi kualiti audio digital terhasil. Kualiti rakaman audio digital depengaruhi oleh 3 faktor utama iaitu pertama kadar sampel. Kadar sampel diukur dalam Heartz (Hz). Semakin tinggi kadar sampel, semakin tinggi kualiti audio digital. Faktor kedua, saiz sampel. Saiz sampel merujuk kepada bilangan bit yang digunakan untuk menyimpan maklumat audio. Dua jenis saiz yang digunakan iaitu 8bit atau 16bit. Audio yang menggunakan saiz sampel 16bit adalah lebih berkualiti, saiz fail semakin besar dan ruang storan lebih besar. Faktor terakhir ialah saluran. Saluran yang digunakan ialah mono dan stereo.

Terdapat 8 format fail audio iaitu Audio Interchange File Format (AIFF& AIF), Musical Instrument Digital Interface (MID,MIDI& MFF), Resource Interchange File Format (RIFF), Sound (SND), Wave (WAV), Sun Audio (AU), MPEG Level 3 (MP3) dan Real Audo @ Real Media (RAM&RA).

Data audi disimpan debgan menggunakan dua kaedah iaitu secara gelombang (Waveform Audio) dan Musical Instrument Digital Interface (MIDI). Manakala contoh-contoh perisian bagi audio ialah Sound Recorder (Microsoft Windows),Sound Forge dan Macromedia SoundEdit.

GRAFIK

Grafik juga merupakan salah satu elemen dalam multimedia. Grafik bererti lukisan, ukiran atau gambar yang digunakan untuk menghasilkan latarbelakang di dalam media. Grafik juga membawa maksud penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat dijelaskan oleh elemen teks. Peranan grafik adalah untuk menambah atau memberi daya tarikan kepada sesuatu persembahan di dalam multimedia. Grafik juga penting untuk menyampaikan sesuatu maklumat denag lebih cepat, pantas dan berkesan.

Grafik boleh dihagikan kepada dua kumpulan iaitu Imej Bitmap dan Imej Vektor.

Imej Bitmap ialah imej yang dibentuk daripada satu kumpulan pixel yang disusun dalam matrik mudah. Saiz fail Imej Bitmap adalah besar. 2 faktor yang beri kesan kepada saiz Imej Bitmap ialah Resolution'dan 'Depth'. Semakin tinggi 'Resolution' imej semakin besar saiz fail. Manakala semakin besar kedalaman pixel saiz fail imej bertambah besar.

3 kaedah digunakan untuk menghasilkan Imej Bitmap iaitu dihasilkan dari awal dengan menggunakan perisian lukisan berasaskan komputer, menggunakan 'screen capture' dan menggunakan 'scanner', kamera digital dan 'video capture. Contoh perisian untuk mengedit Imej Bitmap ialah Adobe Photoshop, Corel Draw dan lain-lain.

Bitmap mampu menyimpan sejumlah besar maklumat mengenai imej tersebut yang membolehkan ianya diubahsuai dengan tahap yang tinggi dan lebih mendalam. Antara format fail Imej Bitmap ialah seperti BMP, PICT, TIFF, Gif dan JPEG.

Imej Vektor pula ialah asas kepada elemen lukisan atau objek seperti garis, bulatan, segi empat dan lain-lain. Imej ini terbentuk daripada siri arahan bagaimana objek tersebut akan dilukis. Imej Vektor tidak bergantung kepada resolusi sebaliknya ia dihasilkan oleh peranti output (monitor, printer). Ini bererti pengguna tidak perlu menentukan imej yang dicipta. Contoh perisian untuk mengedit Imej Vektor adalah seperti Macromedia Freehand, Adobe Illustrator.

Imej Vektor sesuai digunakan untuk ubahsuai atau manupulasi imej. Imej ini tidak memerlukan ruang storan yang tinggi kerana data hanyalah arahan pada komputer.
Semakin kompleks imej dilukis, semakin besar saiz fail dan semakin lambat dipaparkan di skrin. Antara format fail imej ini seperti CDR, CGM, DRW dan DXF.

Faktor pertama yang mempengaruhi grafik ialah saiz imej. Saiz imej merujuk pada tinggi & lebardan diukur dalam unit inci, cm dan dot pixel. SAiz imej akan menentukan bentuk paparan dan masa yang perlukan untuk muncul di skrin. Faktor kedua ialah kedalaman warna. Semakin tinggi kedalaman warna semakin besar saiz fail imej dan juga semakin banyak warna yang digunakan. Faktor terakhir ialah resolusi iaitu kualiti imej dipengaruhi oleh resolusi skrin monitor.

Antara panduan penggunaan garafik dalam multimedia ialah dengan memilih format/kategori yang sesuai, perisian grafik betul, kedalaman warna minimum, 'delivery system' yang betul, kualiti dan kemudahan perpindahan (Imej Bitmap) digunakan dan Imej Vektor yang diterima oleh perisian.

Wednesday, February 25, 2009

JENIS-JENIS 'TYPEFACES'





Wednesday, February 11, 2009

CONTOH-CONTOH PENGGUNAAN TEKS






Sunday, February 8, 2009



PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Bidang pendidikan jika dilihat sebagai satu bidang yang paling layak menggunakan teknologi multimedia. Ini kerana teknologi multimedia menggabungkan kesemua elemen-elemen multimedia iaitu teks,video,animasi,grafik dan audio. Gabungan kesemua elemen ini bukan hanya berupaya melaksanakan interaktiviti malah menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan cepat, pantas dan berkesan.

Mengikut (Poole, 1995) multimedia memang sudah lama digunakan dalam bidang pendidikan sebelum pengenalan komputer peribadi di sekolah. Contohnya penggunaan alatan-alatan seperti bahan bantu mengajar audio visual seperti pita radio, televisyen, projektor slaid dan projektor filem. Alatan-alatan ini digunakan secara berasingan semasa proses pembelajaran berlangsung. Lama kelamaan secara beransur-ansur teknologi komputer telah mengambil alih peranan alatan-alatan ini. Dengan perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi komputer pada masa kini, seperti pemprosesan data, ruang penyimpanan data, peranti sisian seperti CD ROM, pengimbas dan kamera digital telah membolehkan para guru dan pelajar menghasilkan sendiri multimedia CD ROM dengan menggunakan alat-alat pengarangan yang sesuai. Dengan kemudahan yang ada mereka boleh menggabungkan elemen teks, grafik, audio, video dan animasi dalam satu CD ROM yang mana ia dikenali sebagai multimedia interaktif. Penggunaan multimedia interaktif membolehkan pelajar menjadi lebih proaktif dan membina pengetahuan mengikut pilihan, kadar dan kehendak sendiri. Selain itu juga ia membolehkan pihak pengajar seperti guru dan pensyarah mengesan prestasi pelajar dengan memperolehi laporan setiap kali para pelajar menggunakan bahan tersebut.

Teknologi komunikasi telah mengubah prinsip pendidikan melalui penggunaan teknologi dalam pembelajaran dan pengajaran. Dengan wujudnya LAN dan WAN di institusi pengajian, pelajar dapat berkomunikasi secara elektronik dan mengakses atau mencapai maklumat di mana sahaja dengan cepat dan berkesan. Ini memudahkan proses pembelajaran itu sendiri. Selain itu juga, kampus siber juga berjaya ditubuhkan yang mana ia meliputi kemudahan bidang kecemerlangan institusi pengajian seperti aktiviti penyelidikan, pembelajaran, pengajaran, pembangunan, perkhidmatan perundingan dan masyarakat serta penerbitan. Penggunaan Rangkaian Sekolah ataupun dikenali sebagai ‘School Net’ iaitu sebuah rangkaian yang menggabungkan pelbagai media pendidikan seperti audio, video, satelit dan Internet dengan menggunakan komputer serta menjadikan bilik darjah atau makmal komuter seperti sebuah pusat pembelajaran pelbagai media yang dapat menarik minat para pelajar dengan berkesan. Pendidikan juga boleh berlaku di rumah. Contohnya program pendidikan jarak jauh ataupaun dikenali sebagai PJJ yang dilaksanakan oleh institusi pengajian di Malaysia yang bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai lagi rakyat Malaysia mempunyai tahap kelayakan di peringkat yang lebih tinggi.

Selain contoh-contoh di atas, terdapat juga contoh-contoh lain penggunaan multimedia dalam bidang pendidikan seperti kamus multimedia elektronik, eksperimen atau ujikaji, simulasi proses kerja, bahan sejarah, sumber ruujkan elektronik dan pendidikan permainan dan hiburan.


Wednesday, January 7, 2009

Salam perkenalan dari saya..


Salam semua...

Saya Norsahidah Binti Ismail. Puan boleh panggil saya Nour. Saya berasal daripada salah sebuah negeri di Pantai Timur yang terkenal dengan keropok lekor iaitu Terengganu Darul Iman iaitu di daerah Kemaman. Umur saya 10 Mac ini genaplah 24 tahun. Jangan lupa ucapkan kan ea..:-)..Saya anak yang ke4 daripada 7 beradik..Sekarang saya semester 3 dalam jurusan komunikasi. Sebelum ini saya belajar di Politeknik Kota Bharu, Kelantan dalam jurusan Akauntansi. Selepas tamat pengajian diploma, saya bekerja sebagai kerani akaun dan pentadbiran di sebuah syarikat kontraktor bertempat di Kemaman selama 1 tahun. Anda boleh melihat saya melalui laman web friendster iaitu shida_1003@yahoo.com..Itulah sedikit coretan tentang diri saya untuk tatapan semua..terima kasih..